"MURUNG AKIBAT PANDEMIK"
..
Lama saya tak menaip panjang
Hari ini dapatlah luangkan masa mengarang sedikit nota catatan yang sebenarnya ringkas bagi saya ..
..
COVID-19 adalah pandemik global yang telah diisytiharkan oleh World Health Organization (WHO) pada 11 Mac 2020. Ia adalah satu ancaman baharu bagi penduduk dunia, bukan hanya kerana risiko terhadap kehidupan manusia dan kesusahan ekonomi yang timbul, tetapi juga terhadap tekanan emosi yang tidak dapat dilihat.
Pengasingan, penderitaan dan kewangan terjejas antara beberapa sebab mengapa kesihatan mental negara merosot sejak awal wabak melanda negara ini.
Kesan penjarakan fizikal dan pengasingan bagi sesetengah orang mempengaruhi kesejahteraan emosi mereka.
Kita semua dapat memahami menghadapi keadaan yang sukar seperti tekanan kewangan dan pengangguran, serta ketakutan yang disebabkan oleh keadaan kesihatan, cenderung memberi tekanan pada semua.
Keterbatasan akibat kewujudan pelbagai sekatan telah mencetuskan suasana yang mendorong kepada tekanan, keresahan dan kemurungan di kalangan masyarakat dalam negara ini secara lebih meluas
Kita tidak tahu bila wabak ini akan berakhir tetapi berita mengenai pekerjaan nampaknya akan memberi tekanan lebih banyak pada populasi yang sudah tertekan.
Angka kemurungan kemudian cenderung jauh lebih buruk.
Tekanan Emosi Berpotensi Melemahkan Sistem Imunisasi Dan Keupayaan Tubuh Melawan Jangkitan
Kehidupan norma baharu ini memerlukan kefahaman dan disiplin yang tinggi di kalangan seluruh rakyat. Kesabaran dan kesediaan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa ini penting bagi memastikan kelangsungan dan kemakmuran hidup, sehinggalah vaksin bagi pandemik ini ditemukan.
Semoga kita sama sama dapat menjalani situasi pandemik ini dengan sebaiknya
Jaga Diri Jaga Kesihatan Kita Jaga Kita
Sesungguhnya, kepada Allah jua bertumpu segala DO'A, USAHA & TAWAKAL
Teacher May 💖
Lovely May Beauty
Lovely May Academy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan