NAK jadi TENAGA PENGAJAR di Pusat Latihan Kemahiran?
Jom baca info ini dahulu …
Menjadi seorang Tenaga Pengajar di Pusat Latihan Kemahiran(PLK) awam seperti di CIAST / IKBN / Giat MARA atau PLK Swasta tidak sama seperti menjadi Pensyarah di Kolej Swasta / Universiti tempatan / swasta untuk program akademik
Untuk menjadi seorang Tenaga pengajar dalam bidang kemahiran Pusat Bertauliah / Pusat Latihan Kemahiran atau Akademi Kecantikan, Anda perlu memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang ditauliahkan / dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK)
Selain dari ada sijil SKM / DKM...anda juga WAJIB ada
a) Sijil Induksi PP/PPD
b) Sijil Tenaga Pengajar VTO
Dan kebanyakan Pusat Bertauliah kini memerlukan mereka yang ada minima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
SKM / DKM ini tidak sama dengan Diploma / Ijazah yang anda perolehi dari IPTA / IPTS
Untuk memperolehi sijil SKM / DKM ini anda perlu buat salah satu dari yang berikut :
a) Belajar sepenuh masa program SKM
b) Belajar separuh masa program SKM
c) Belajar sambil bekerja melalui program SLDN
d) Melalui kaedah PPT (Penyata Pencapaian Terdahulu)
Bagi mereka yang telah mempunyai pengalam melebihi 4 tahun dalam bidang kemahiran, boleh memohon SKM melalui kaedah PPT. Ia adalah cara paling mudah untuk anda mendapat peniktrafan dan pentaulian Sijil Kemahiran Malaysia
Saya akan huraikan satu persatu bagaimana proses Persijilan SKM-PPT ini dalam sesi Taklimat Persijilan yag dijalankan di Pusat Latihan Kemahiran Lovely May Academy pada setiap Hari Sabtu dan Ahad
Taklimat yang kami beri adalah PERCUMA
Jika anda berminat untuk mendapatkan info ini, boleh buat pendaftaran dan hadir
Teacher May @ May Maria
Pegawai Operasi Latihan Vokasional
PP-PPT-PPB-PPD
SKM 1,2,3 JPK
Beauty Aesthetic Consultant
Senior Make Up Artistry
Spa Therapist
Lovely May Academy
Beauty And Training Centre
Setia Tropika Jb