Fenomena cuaca sejuk melanda Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan beberapa kawasan di negara ini terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah di N9 merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah celcius sejak tengah malam hingga awal pagi semalam.
Ini adalah fenomena biasa ketika musim Monsun Timur Laut.
Jadi dalam keadaan cuaca hujan dan sejuk ini kita sebenarnya terdedah dengan simptom
yang dikenali sebagai "Radang Dingin"
Apakah yang dikatakan Radang Dingin ini ialah :-
Kulit membeku rasa kaku dan terasa kebas terutama apabila banyak menghabiskan masa diluar rumah semasa cuaca sejuk ini
Bahagian badan yang paling terjejas oleh radang dingin ialah kawasan muka, telinga, pergelangan tangan dan rasa kebas pada kaki
Untuk merawat radang dingin ini perlu dengan cara memanaskan badan yang terjejas secara beransur ansur, balut tubuh atau anggota badan yang sejuk dengan selimut, baju tebal, kot, memakai stokin atau sarung tangan, topi bagi menutup kepala dan lain lain kaedah bagi memanaskan badan. Mandi air hangat juga sangat melegakan.
Kurangkan aktiviti luar rumah, minum air masak yang banyak serta jangan lupa memakai pelembab bibir bagi mengelakkan bibir menjadi kering.
Sekiranya terdapat tanda tanda yang menggangu kesihatan atau tedapat sebarang jangkitan segera dapatkan rawatan dan berjumpa doktor
Semoga kita semua berada di bawah lindungan rahmat Allah swt..
Jaga kesihatan taw ..
Pesanan dari Lovely May Beauty